Selamat Datang Ke IzzKebaya. Dapatkan set lengkap Baju Kebaya Nyonya, Kain Batik Selisih / Kain Pareo, Kerongsang dan Payung Kertas Nyonya.

Returns and Refund Policy

Returns and refund policy (polisi pemulangan dan pembayaran balik) kami sah dalam masa 7 hari bermula dari hari pertama terima produk pembelian di website kami. Jika terlepas dari masa 7 hari, maka kami tidak akan menerima sebarang permintaan untuk pemulangan atau pembayaran balik. Jadi sila lakukan segera jika ada sebarang kesilapan atau kerosakan pada produk yang di beli.

Untuk melayakkan penerimaan pemulangan untuk pertukaran produk atau pembayaran balik, item belian mestilah tidak digunakan atau dipakai dan mesti dalam keadaan yang sama ketika anda menerimanya. Seeloknya mesti dipulangkan didalam bungkusan plastik clear yang asal.

Sila maklumkan nombor invoice dan juga tarikh pembelian untuk kami periksa.

PEMULANGAN UNTUK PERTUKARAN (Returns)

Pemulangan untuk pertukaran jika kami tersilap pos / hantar produk yang dibeli. Contoh beli kebaya size S warna biru, kami pos kebaya size M warna biru atau kebaya warna lain tidak seperti yang di beli. Jarang berlaku tetapi jika order terlalu banyak, kadang-kadang berlaku kekhilafan semasa pembungkusan. Tertukar alamat pengeposan dengan pelangggan lain. Sebab itu akan terima produk lain. Jadi, untuk kes ini kami mohon maaf terlebih dahulu dan mohon jasa baik untuk pulangkan semula kepada kami. Kos untuk pengeposan akan kami tanggung dan bank in.

Selain itu, jika ada kerosakan pada produk yang di beli, sila hantar gambar kepada kami terlebih dahulu kerosakan apa yang ada pada produk yang di beli. Boleh whatsapp / telegram kami di nombor 0126907705 / 0123199026 untuk response dan proses yang lebih cepat.

PEMBAYARAN BALIK (Refund)

Jika produk rosak atau ada kecacatan, anda boleh pulangkan semula kepada kami dan boleh pilih produk lain yang sama harga untuk pertukaran. Bayaran pengeposan balik dan pengeposan semula akan kami tanggung. Jika pertukaran dengan produk yang lebih tinggi harganya, anda perlu membuat pembayaran untuk baki harga. Contoh beli kebaya harga RM130 (ada kerosakkan atau kecacatan), kemudian ingin tukar dengan kebaya yang harganya RM150, jadi perlu buat bayaran tambahan sebanyak RM20. Jika tidak ingin tukar dengan produk lain, kami akan membuat bayaran balik mengikut harga belian. Anda perlu pos semula produk yang dibeli dan ada kerosakan atau kecacatan itu, dan berikan nombor akaun bank. Kami akan buat bayaran balik setelah menerima produk yang dipos kembali itu.

Sales Items

Hanya produk harga biasa (regular price) sahaja yang boleh dikembalikan dan dibuat bayaran balik. Produk dibawah kategori sales tidak boleh dikembalikan dan dibuat bayaran balik. Kami akan periksa terlebih dahulu dan pastikan tiada sebarang kerosakan atau kecacatan sebelum produk dipos keluar.

PERLUKAN BANTUAN LAIN atau ADA APA-APA SOALAN?

Hubungi kami di alamat email sales@izzkebaya.com untuk sebarang persoalan berkaitan “Returns and Refund Policy”.

error: Content is protected !!
preloader