Sejak kami mula menjual kebaya nyonya iaitu sejak tahun 2010, ramai juga selebriti, stesen TV, pihak penerbitan drama, telemovie, dokumentari, rancangan hiburan dan filem yang memohon tajaan kebaya nyonya dari pihak kami. Cuma tak semua yang request yang kami akan bagi sponser dan terdapat beberapa syarat sefahaman yang perlu dipersetujui oleh pihak yang memohon sponser. Ada kes yang dah sponser, tapi tidak kredit nama kami sebab tu kena pilih betul-betul. Bila post dekat media social cakap tak kredit, tahu pulak nak marah sebab tak nak nama dia buruk. Yang penting tanggungjawab la. Kalau rasa tak boleh nak bertanggungjawab dan memenuhi syarat persefahaman yang telah dipersetujui, tak perlu mintak sponser. Beli terus je. Senang. Ada juga yang mintak sponser untuk dinner syarikat. Huhuhu. Macam-macam jenis kerenah dan permintaan dah pernah ditempuhi.
Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar selebriti yang pernah kami buat tajaan sebelum ini. Bagi yang menjual kebaya, sila jangan guna gambar-gambar dibawah untuk iklan produk atau apa jua kegunaan tanpa keizinan. Nanti kena saman tanggung sendiri.
Tajaan Untuk Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari Ini, TV3
Tajaan Kebaya Nyonya Untuk Drama dan Telefilem
Tajaan Untuk Artis dan Selebriti (Klik Pada Gambar Untuk Besarkan)