Tentang Kami Izz Kebaya

Kami mula menjual kebaya nyonya sejak tahun 2019 menggunakan nama IzwanIzzati Collections. Kemudian pada tahun 2013 kami membuka butik di The Atmosphere, Seri Kembangan pada tahun 2013 hingga 2019 menggunakan nama Izzlegacy Boutique & Cafe. Sebuah butik vendor pada asalnya sebab tu kami tidak guna nama Izzkebaya untuk nama butik sebaliknya brand dan produk kebaya kami memang sejak dari dulu menggunakan nama IzzKebaya. Butik dan perniagaan ditutup akibat daripada virus Covid19 yang melanda dunia. Kini setelah hampir 3 tahun berehat, IzzKebaya kembali dengan koleksi kebaya nyonya dengan motif sulaman tangan yang cantik dan terkini.

Buat masa ini kami akan beroperasi secara online terlebih dahulu dan akan kembali untuk butik fizikal satu hari nanti. Masih mencari lokasi dan juga sedang monitor halatuju covid19. Untuk pembelian kebaya nyonya, boleh buat belian di website ini atau boleh juga whatsapp / telegram kami di nombor telefon : 012-3199026 / 011-1313 3281. Jemput juga untuk join telegram channel kami di https://t.me/izzkebaya. Boleh la cuci-cuci mata dengan koleksi terbaru dan juga untuk info-info terbaru tentang IzzKebaya.

Kami berdaftar dengan SSM diatas nama perniagaan Izz Kebaya. No. Pendaftaran SSM : 202203075016 (003381807-V).

QR Code oleh SSM untuk perniagaan Izz Kebaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
preloader